Cara buat blog diindex google dengan cepat

Cara buat blog diindex google dengan cepat : Pada artikel ini saya akan menulis artikel bagaimana membuat blog anda diindex google dengan cepat. Anda mesti tertanya-tanya macam mana nak meningkatkan visitor blog anda kalau artikel anda pun tidak diindex google. Bukan ke ajaib kalau blog tidak diindex google tetapi mempunyai visitor dari google. Pelik bukan?

cara mudah diindex google
Artikel dunia wordpress diindex google

Nampak tak ?

Artikel dunia wordpress telah diindex google 7 minit yang lepas. Tidak kira anda menggunakan wordpress atau blogspot cara untuk mengindex blog anda sama sahaja. Cara ini amat penting sekali kalau anda target pengunjung daripada google.

CARA BUAT BLOG DIINDEX GOOGLE DENGAN CEPAT

SUBMIT BLOG ANDA DI GOOGLE WEBMASTER TOOL

Pertama sekali ialah anda perlu submit blog anda ke dalam google webmaster tool. Untuk melakukan perkara ini anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut.

  • Sila pergi ke https://www.google.com/webmasters
  • Selepas itu anda sign mengunakan email anda
  • Nanti akan keluar dashboard seperti gambar dibawah
    cara daftar google webmaster tool
  • Selepas itu Add A Property
  • Masukkan ” Domain Anda “
  • Nanti akan keluar dashboard yang mengatakan ” Recommended Method ” atau ” Alternate Methods “
  • Sila ambil Alternate Methods
  • Dan akan keluar seperti gambar dibawah
    cara mudah daftar google webmaster tool
  • Sekarang copy HTML TAG

Selepas anda copy HTML TAG anda harus pastekan dibawah <head>. Untuk itu bagi pengguna wordpress anda perlu masuk kedalam blog anda pergi ke Appearance -> Editor -> Header.php.

Untuk blogspot pula pastekan di Template anda. Masuk ke blogspot anda pergi ke theme -> Edit Html -> Pastekan dibawah <head>

Setelah anda melakukan hal tersebut sekarang anda pegi ke dashboard google webmaster tadi dan Verify akaun anda.

ADD SITEMAP DI GOOGLE WEBMASTER TOOL ANDA

Setelah anda verify akaun tadi. Sekarang anda harus menambahkan Sitemap ke dalam google webmaster tool anda. Berikut cara add sitemap di google webmaster tool.

cara tambah sitemap di google webmaster tool

Untuk WordPress

  • http://domainanda.com/feed
  • http://domainanda.com/sitemap.xml

Untuk Blogspot

  • http://domainanda.com/sitemap.xml
  • http://domainanda.com/atom.xml
  • http://domainanda.com/feeds/posts/default?orderby=updated

SUBMIT KE GOOGLE WEBMASTER SUBMIT LINK DAN GOOGLE BLOG SUBMIT

Setelah siap daftar dan add sitemap. Perkara akhir yang harus anda lakukan adalah submit artikel yang anda buat ke dalam Google webmaster tool submit dan juga google ping blog

Itulah serba sedikit cara dan tips untuk anda submit artikel anda agar diindex google.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *