Apa yang perlu ada untuk memiliki wordpress sendiri ?

Kalau anda merupakan seorang yang berpikir untuk membina wordpress anda sendiri, ya anda membaca artikel yang betul untuk membantu anda dalam proses membina website anda sendiri di wordpress.

Pada kali ini duniawordpress ingin berkongsi ke pembaca sekalian cara bagaimana untuk membina wordpress sendiri.

CARA MEMBUAT WORDPRESS SENDIRI

Pertama sekali untuk membina sebuah wordpress ( self-hosting ) anda memerlukan Budget paling kecil RM100. Jumlah ini akan digunakan untuk membeli perkara-perkara yang merangkumi hosting dan juga domain.

So apabila anda sudah ada budget kini anda bolehlah memborong perkara-perkara diatas. Domain harga pada masa kini lingkungan RM45-50 untuk domain .com / .net / .org dan beberapa domain lain lagi.

Baca juga : TIPS MEMILIH NAMA DOMAIN

Banyak tempat boleh anda beli domain. Berikut merupakan antara tempat yang boleh anda beli domain dan terjamin bagus dari segi support dan sebagainya.

Kebiasaannya selepas anda membeli domain, domain akan aktif dalam masa lebih kurang 24 jam. Jadinya lepas anda beli domain anda haruslah rilex dahulu dan biarkan dahulu domain anda aktif sebelum anda letak dns hosting anda.

Tetapi sebelum itu anda harus beli juga hosting. Hosting pula harga daripada RM30 ke 100 keatas. Jadi bagi anda yang baru sahaja ingin membina wordpress domain yang paling sesuai harga dalam lingkungan RM30-50 sahaja.

Jadi anda bolehlah check hosting mana anda suka. Saya juga amat menyarankan anda untuk membeli hosting daripada 3 syarikat dibawah

  • SYOKHOST
  • SHIFTSERVER
  • BSE NETWORK

Diantara ketiga-tiga hosting saya sudah pakai semuanya. So bagi saya yang paling terbaik adalah pakai BSE NETWORK cuma harganya sedikit mahal iaitu RM100 setahun.

Untuk itu anda bolehlah check harga di SYOKHOST dan juga Shiftserver.

Apabila kedua-dua perkara ini sudah anda penuhi sekarang apa yang perlu anda buat adalah seperti berikut.

  1. Anda perlu letakkan dns hosting anda di dalam domain anda contohnya seperti gambar dibawah
    nameserver
  2. Seterusnya anda harus install wordpress. Yang ini anda boleh lihat video-video yang ada di youtube dan sebagainya. Atau boleh baca artikel yang ada di google terlalu banyak dikongsikan oleh orang.
  3. Seterusnya anda sudah memiliki wordpress anda sendiri.
  4. Sekarang anda harus memikirkan apa yang harus anda tulis.

Begitulah sedikit sebanyak cara untuk membina wordpress sendiri dengan modal kecil. Mudah bukan? Kalau anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya. Saya akan membantu anda 100% yang saya boleh tanpa mengenakan sebarang cas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *