5 Tips dan cara meningkatkan pageview dan visitor blog

Pada hari ini Duniawordpress akan berkongsikan kepada anda tips dan cara bagaimana untuk anda meningkatkan pageview dan visitor blog anda.

Mustahil seorang blogger tidak mempunyai keinginan untuk mempunyai pageview yang tinggi dan visitor yang ramai dalam setiap bulan.

Betul ke tidak ?

Jadi saya harap perkongsian ini dapat membuka minda anda untuk menaikkan pageview blog anda dan juga visitor ke dalam blog anda.

MENAIKKAN PAGEVIEW DAN VISITOR

cara menaikkan pageview

Sebelum anda baca tips ini perkara yang harus ada di dalam diri anda ialah sabar ! Kalau anda merupakan seorang yang tidak sabar dan ingin semuanya instance maka agak sukar untuk saya berikan tips dan cara yang terbaik tanpa menggunakan modal. Ini bermaksud kalau anda inginkan semua perkara instance maka anda harus berani keluarkan modal yang besar !

Kejayaan itu memerlukan pengorbanan !

BELAJAR SEO

Pertama sekali untuk meningkatkan pageview dan visitor benda yang perlu anda lakukan adalah dengan belajar seo secara mendalam. Terdapat banyak teknik seo yang dikongsikan secara percuma dan berbayar di dalam google.

BACA JUGA – SEO VS KONTEN

Jika anda mengusai dunia seo ini memudahkan blog / website anda berada di halaman satu mesin pencarian. Secara tidak langsung setiap keyword yang berjaya mendapat tempat di google akan membantu meningkatkan jumlah visitor ke dalam blog anda !

Untuk itu saya amat mengalakkan anda untuk mengusai dunia seo kerana ianya amat bermanfaat kepada blogger kerana kita mampu bersaing di mesin pencarian terbesar google !

MANFAATKAN MEDIASOSIAL

manfaatkan media sosial

Seterusnya ialah dengan memanfaatkan dunia media sosial.

Kalau anda merupakan pengguna Facebook / Twitter / Instagram / DLL anda harus memanfaat sebaik mungkin media sosial anda untuk mendapatkan visitor seterusnya pageview.

Bagaimana caranya ?

Caranya cukup mudah iaitu dengan berkongsikan setiap artikel yang baru kedalam newfeed media sosial anda. Dan tips lain adalah dengan anda join group-group yang ada kaitan dengan blog anda atau group-group blogger dan sebagainya. Mungkin antara group yang ada di facebook adalah KELAB BLOGGER BELIA.

AKTIF DALAM FORUM

Selain itu anda perlu cuba aktif dalam forum-forum yang ada di dalam dunia ini. Kalau anda punya blog berbahasa melayu aktif dalam forum bahasa melayu sahaja. Contohnya forum macam WangCyber / E-Cari dan sebagainya.

Anda mungkin boleh baca 5 Forum yang paling aktif di malaysia

Dengan aktif berforum ini sedikit sebanyak akan menaikkan nama anda seterusnya anda boleh berkongsi cara membuat penyelesaian di dalam blog anda dan kongsikan cara bagaimana nak selesaikan sesuatu berdasarkan setiap soalan yang ada di forum.

TULIS ARTIKEL YANG SALING BERKAIT

Untuk meningkatkan pageview anda harus mempunyai artikel yang saling berkait. Maksudnya ada banyak artikel tetapi saling berkaitan antara satu sama lain.

Contohnya anda tulis dalam satu ruangan artikel apa itu seo, seterusnya pada artikel berikutnya anda tulislah fungsi seo dan sebagainya.

Selepas itu kongsikan internal link artikel tersebut di dalam setiap artikel yang mempunyai kaitan.

GUNAKAN WIDGET YANG BAGUS

Dan yang terakhir adalah menggunakan widget yang bagus contohnya seperti Popular Post / Random Post / Recent Post dan sebagainya.

Widget ini diletakkan di sidebar-sidebar blog anda.

Sebab kalau ada recent post yang menarik dan pembaca nampak recent tersebut mungkin pembaca yang sedang membaca artikel lain akan membaca post baru anda tersebut.

Ini sedikit sebanyak akan membantu anda meningkatkan pageview di dalam blog anda.

Itulah antara tips dan cara yang dapat saya kongsikan pada artikel ini. Insha Allah saya akan berkongsikan sesuatu yang bermanfaat pada masa akan datang. Teruskan bersama saya di duniawordpress.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *