Jenis pegunjung blog yang merugikan

Bagi seorang blogger kehadiran pengunjung ( visitor ) sangatlah diharapkan dan merupakan suatu perkara yang amat dibanggakan apatah lagi visitor tersebut datang dari mesin pencarian.

Ini disebabkan dengan adanya pengunjung ini sedikit sebanyak mampu memberi penghasilan atau keuntungan terhadap sesuatu blog itu.

Namun tahukah anda bahawa ada beberapa jenis visitor yang akan merugikan blog anda sekiranya mereka datang ke dalam blog anda. Itu yang akan saya tulis di dalam duniawordpress pada kali ini.

Baca juga – Tips meningkatkan pageview dan visitor

PENGUNJUNG YANG MAMPU MERUGIKAN SESEBUAH BLOG

Visitor blog yang merugikan
Sumber gambar : pasarmodal.inilah.com

Berikut merupakan antara pengunjung atau visitor yang dapat merugikan sesebuah blog itu.

VISITOR YANG DATANG HANYA UNTUK COPY PASTE

Seperti tiada kesudahan aktiviti copy paste sentiasa menjadi kerisauan bagi seorang blogger. Apa tidaknya aktiviti yang tidak bermoral ini terus menjadi di dalam kalangan blogger.

Dan biasanya aktiviti ini dilakukan oleh seorang blogger pemula ( newbie ) namun ada juga di kalangan blogger professional melakukan hal ini. Ini sangat memalukan.

Baca : Perkara yang harus dilakukan sekiranya blog di copy paste

Oleh itu Duniawordpress meletakkan aktiviti copy paste merupakan suatu perkara yang amat merugikan seorang blogger kerana blogger itu penat memikir cara dan idea untuk menulis tiba-tiba datang seseorang yang hanya perlu copy and paste semua isi itu ke dalam blognya.

Dan apa yang menyakitkan hati kadang-kadang artikel yang dicopy paste itu lebih mendapat tempat berbanding artikel asli.

SPAMMER

Contoh komen spammer

Seterusnya adalah spammer. Mereka ini jarang-jarang datang ke dalam blog kita apabila mereka datang mereka hanya datang untuk meletakkan komen yang mana didalam isi komentar itu diletakkan link aktif.

Biasanya orang seperti ini adalah mereka yang menjual produk-produk kecantikan, mereka yang membangunkan blog-blog yang tiada kualiti seperti gambar artis dan sebagainya.

Mereka ini hanya datang untuk meletakkan link blog mereka dan mereka pergi.

Ini secara tidak langsung akan membuatkan bounce rate sesuatu blog itu menjadi teruk dan dipandang buruk oleh google.

HACKER

Dan akhir sekali adalah hacker yang sedang mencari mangsa. Seorang hacker sentiasa berusaha untuk mendapatkan data bagi kepentingan peribadinya.

Ini sangat merugikan sekiranya blog kita menjadi mangsa. Mereka ini collect data untuk dijual kepada orang memerlukan bagi aktiviti spamming pada masa akan datang.

Contoh data yang mereka inginkan adalah seperti no telepon, email.

Namun ada sesetengah mereka cuba untuk hack blog anda. Kalau wordpress mereka cuba masuk melalui log in system anda dengan cuba sedaya upaya mendapatkan username and password anda .

Baca juga : Cara agar wordpress tidak mudah di hack hacker

Itulah sedikit sebanyak visitor yang datang ke dalam blog anda hanya memberikan kemudharatan dan kerugian kepada anda.

Jangan lupa untuk kongsikan Jenis pegunjung blog yang merugikan ini kepada kawan-kawan blogger anda sebagai satu ilmu pengetahuan hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *