Sebab kenapa kamu bertuah mendapatkan pasangan seorang blogger

Kalau seseorang itu mendapatkan seorang pasangan yang mempunyai kerjaya yang professional pasti dia akan berasa bangga dan sanggat bertuah contohnya pasangannya itu bekerja sebagai seorang doktor, peguam, artis dan sebagainya.

Tetapi bagaimana pula kalau pasangan anda itu merupakan seorang blogger ? Apakah anda pikir anda tidak menjadi seorang yang bertuah atau beruntung ?

Bagi saya yang sudah bermain blog lebih daripada 4 tahun saya merasakan anda merupakan seorang yang bertuah jika mempunyai pasangan seorang blogger kenapa ?

Dibawah merupakan alasan kenapa anda bertuah mempunyai pasangan seorang blogger

1. Pasangan anda akan menjadi pasangan yang setia

Perkara yang paling membuatkan kamu bertuah jika memiliki pasangan seorang blogger adalah dia akan setia dengan anda. Dan kemungkinan untuk pasangan anda tidak setia adalah 0.01%

Blogger seorang yang setia

 

Ini disebabkan seorang blogger itu lebih suka dan lebih banyak menghabiskan waktunya untuk menguruskan blognya. Jarang seorang blogger tidak meluangkan masa di hadapan laptop atau komputernya kurang dari 5 jam.

Mungkin dia akan keluar jika ada keperluan mendesak atau keluar untuk beriadah dan berjumpa dengan kawan-kawan yang lain.

2. Sangat “Care” atau memberi perhatian

Mungkin ada dikalangan anda merasakan seorang blogger itu kurang memberi perhatian kepada pasangannya disebabkan lebih mementingkan blognya. Anggapan ini menurut saya secara peribadi adalah tidak benar.

Jika seorang blogger itu sudah menjalinkan hubungan dengan seseorang saya yakin bahawa dia akan berusaha untuk memberi sepenuh hatinya itu untuk pasangan yang sudi berkongsi hidup dengannya.

3. Blogger itu seorang yang pandai dan kreatif

Tahukah anda menjadi seorang blogger itu bukan hanya duduk dihadapan laptop dan copy semua artikel orang !

 

Tetapi profesional seorang blogger dia akan berfikir untuk mencari idea yang terbaik untuk memulai penulisannya. Dia akan cari jalan cara untuk mempromosikan blognya dan bagaimana blog tersebut menghasilkan duit !

Oleh itu seorang blogger pasti seorang yang mempunyai otak yang selalu berjalan disebabkan selalu mencari idea terkini!

4. Dia seorang yang up-to-date

Seorang blogger akan pasti menghabiskan masanya 5 jam dan keatas di atas talian. Oleh yang demikian dia pasti akan selalu up to date dengan berita dunia.

Pasangan seorang blogger

Dia juga pasti akan up to date dengan teknologi-teknologi yang ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *