SEO VS KONTEN

Di dalam dunia blogging perkara yang paling menjadi perhatian sudah pasti seo ( Search Engine Optimization ).

Kerana semua orang ingin berada di halaman satu google sudah pasti mereka akan mencari cara bagaimana untuk berada di halaman satu google tersebut.  Untuk itu ini antara salah satu perkara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan halaman satu mesin pencarian.

1. APA ITU SEO ?

SEO atau bahasa yang panjangnya Search Engine Optimization merupakan satu cara atau teknik untuk membuatkan satu blog / website itu berada di halaman satu mesin pencarian.

Contohnya : 
Mengenali apa itu seo

Maksudnya [ SEO ] berdasarkan gambar diatas yang artikel tersebut ditulis menggunakan teknik seo. Untuk itu dia mendapat tempat di halaman pencarian google. Teknik yang digunakan tidak menggunakan wang/duit.

Manakala [ GOOGLE ADS ] pula menggunakan duit untuk menempatkan sesebuah blog/website itu berada di halaman satu pencarian google.

1.1 APA KEGUNAAN SEO ?

Seperti definisi seo diatas seo adalah teknik.

[ Baca Juga ] – Seo WordPress Atau Blogspot yang terbaik ?

Jadinya kegunaan seo adalah untuk bersaing dengan website dan blog lain tanpa mengeluarkan sebarang duit. Ianya adalah percuma.

1.2 KEBURUKKAN TEKNIK SEO

Sebenarnya dengan mengaplikasikan teknik seo yang melampau dan kurang sistematik akan membuatkan pembaca tidak menjadi menarik untuk membaca artikel anda.

[ Baca Juga ] – Tips dan cara untuk mula bermain blog

Apa tidaknya dengan menggunakan teknik seo anda perlu italickan keyword anda, boldkan keyword, underlineskan keyword, aplikasikan h1,h2,h3 dan sebagainya sehinggakan anda mungkin akan menganggu pembaca.

1.3 KEBAIKKAN TEKNIK SEO

Manakala kebaikkan untuk menguasai teknik seo dan mengaplikasikannya adalah anda mampu menjimatkan kos untuk membuatkan pengunjung datang ke blog anda beramai-ramai.

Selain itu kalau anda mengaplikasikan Teknik Seo dalam dunia marketing ini secara tidak langsung akan meningkatkan sales.

Blogging adalah konten adalah raja

2. APA ITU KONTEN ?

Sekarang pula saya ingin berkongsi apa itu konten ?

Konten merupakan satu isi yang anda buat. Tidak kira anda didalamnya ada penulisan sahaja, atau tulisan dan gambar atau tulisan, gambar, video.

Asal ianya mempunyai isi itu yang dikatakan dengan konten.

2.1 KONTEN YANG TERBAIK

Jadi apa yang dikatakan dengan konten yang terbaik pula ? Saya teringat pada kata-kata seorang pakar seo yang mengatakan bahawa konten adalah raja.

Cara buat blog diindex google dengan cepat

Ini bermakna di dalam dunia seo sendiri mengatakan konten itu adalah segala-galanya.

Tapi bagaimana untuk serve atau hidangkan konten terbaik ?

Antara yang menarik untuk dikongsiakn adalah anda kena pikir apa yang anda ingin tulis dan siapa golongan yang menjadi sasaran anda.

Contoh kalau anda menulis satu artikel yang akan menjadi sasaran bacaan anda adalah budak-budak jadi antara konten yang boleh anda manfaatkan adalah satu tulisan santai dan gambar.

Kalau anda membuat satu konten yang berkaitan dengan tutorial.

Mungkin teknik yang dapat anda aplikasikan adalah TULISAN + VIDEO. Buatlah satu video yang menarik berkaitan dengan tutorial yang anda sedang buat.

KESIMPULAN

Jadi sebagai kesimpulan dapat saya simpulkan bahawa dalam mengejar halaman satu google pencarian perkara yang paling wajib dititik beratkan adalah konten dan tahu asas seo.

Untuk itu anda tidak boleh meninggalkan salah satu daripadanya.

Untuk konten kalau menarik secara tidak langsung akan membuatkan pengunjung blog tersebut akan kongsikan artikel yang telah anda buat kepada orang lain.

Ini secara tidak langsung akan meningkatkan view dan visitor blog anda !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *