SEO : WordPress atau blogspot yang terbaik untuk seo ?

Jika anda search keyword wordpress atau blogspot yang terbaik untuk seo pasti anda dapati terdapat terlalu banyak artikel yang menuliskan tentang perkara ini.Digoogle juga terdapat banyak perbandingan diantara wordpress dan blogspot yang boleh anda baca.

Dalam artikel ini duniawordpress juga tidak ketinggalan untuk membahas tentang wordpress dan blogger. Penulisan ini hanya akan menyentuh berkaitan dengan kekuatan seo kedua-dua flatfrom tersebut

Blogspot atau wordpress yang lebih bagus untuk seo ?

wordpress atau blogspot yang terbaik seo
wordpress atau blogspot yang terbaik seo

Untuk pengetahuan anda semua, tahap kehebatan sesebuah seo itu bukanlah terletak pada flatform apa yang anda gunakan untuk membangunkan sesebuah blog. Tapi ia terletak bagaiman mana anda mengaplikasikan seo dalam konten anda. Mesin pencari google tidak menghiraukan sama ada anda menggunakan blogspot ataupun wordpress.

Namun terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa blogspot itu lebih kuat seonya berbanding dengan wordpress kerana blogspot milik google. Ye benar tidak dapat dinafikan lagi bahawa blogspot itu itu milik google. Tetapi harus diingat bahawa google bertindak adil dalam setiap perkara jika tidak pasti ia akan merugikan syarikat mereka.

Ini dapat dibuktikan dengan melihat berapa banyak pakar seo dan juga syarikat-syarikat besar menggunakan wordpress sebagai tempat membangunkan blog mereka. Kalau google tidak fair dalam perkara ini sudah banyak boikot dilakukan.

Kelebihan dan kekurangan blogspot dan wordpress

Jika ingin ditulis berkaitan dengan kelebihan dan kekurangan blogspot dan wordpress terlalu banyak untuk dihuraikan. Apa yang perlu anda ketahui cukuplah perkara-perkara berikut

Kelebihan blogspot yang paling utama ialah ianya percuma dan banyak benda sudah disediakan oleh blogspot ( dari segi widgets ). Selain itu blogspot juga lebih mudah untuk difahami untuk seseorang yang baru main blog kerana tampilannya user friendly.

Dan untuk mengaplikasikan teknik seo lebih mudah. Untuk template pula blogspot itu mudah untuk mengeditnya namun ianya tidak bersifat fleksibel kerana terlalu terbatas jika ingin dibandingkan dengan wordpress.

WordPress pula sangat fleksibel dari semua sudut. Dan tahukah anda google tiada hak diatas blog anda kalau anda menggunakan wordpress. Mereka tiada hak untuk mendelete artikel anda.

Dari segi plugin semua memang wordpress adalah yang terbaik. Namun wordpress memerlukan hosting untuk anda membangunkan sebuah blog. Jadi kena keluar modal.

KESIMPULAN

Berbalik semula kepada cerita seo diantara kedua-dua flatform ini. Ianya adalah sama diantara kedua-duanya. Tidak ada lebih tidak ada kurang. Apa yang penting adalah konten anda dan cara anda memaksimalkan seo didalam setiap penulisan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *