Tips dan cara untuk mula bermain blog

Tips dan cara untuk mula bermain blog : Jika anda mempunyai hasrat untuk cuba masuk kedalam dunia blogger atau dengan kata lain anda ingin mula menjadi blogger, ayuh mula sekarang juga jangan tunggu lagi. Kerana didalam dunia blogger anda boleh dapat benda baru dan macam-macam kelebihan yang anda boleh perolehi.

Tips dan cara mula blog

Pada artikel ini saya tidak menulis apa yang anda boleh dapat daripada blog secara khususnya, tetapi di dalam artikel ini saya akan menulis beberapa tips dan cara untuk anda mula bermain blog. Semoga tips dan cara untuk mula bermain blog ini memberi manfaat kepada pembaca sekalian.

TIPS DAN CARA UNTUK MULA BERMAIN BLOG

SEBAB APA ANDA INGIN BERMAIN BLOG ?

Pertama sekali anda kena tentukan dahulu sebab apa anda ingin masuk kedalam dunia blogger? Adakah matlamat anda masuk ke dunia blogger untuk menjana pendapatan? Atau mungkin anda masuk untuk berkongsi ilmu kepada pembaca? Atau juga mungkin anda masuk untuk menulis berkaitan dengan kehidupan seharian anda?

Ini bagi memudahkan anda melihat secara jauh apa yang bakal anda tulis didalam blog anda. Tidaklah anda tulis separuh jalan sahaja kemudian anda tidak tahu hala tuju blog anda. Jadi untuk itu anda mestilah pilih satu topik yang betul-betul anda minat.

PILIH FLATFROM YANG SESUAI UNTUK ANDA MULAKAN BLOG ANDA

Seterusnya adalah memilih flatform paling sesuai untuk anda mulakan blog anda. Bagi saya flatform paling sesuai adalah blogspot. Ini kerana blogspot sangat mudah untuk dipakai dan ianya percuma 100%. Anda akan dapat satu subdomain ( contoh.blogspot.com ).

Untuk mendaftar blogspot anda hanya perlukan sebuha e-mail.

Selain daripada blogspot, anda juga boleh menggunakan flatform wordpress sebagai tempat anda untuk memulakan blog. Sila daftar di -: https://wordpress.com/

PILIH DOMAIN YANG SESUAI UNTUK MEMULAKAN BLOG

Pemilihan domain amat penting dalam memulakan sesebuah blog. Setelah anda memilih apa yang ingin anda tulis sekarang anda kena tetapkan satu nama untuk blog anda.

Kriteria yang perlu ada pada nama blog anda seperti berikut

  • Mudah diingat
  • Ada kena mengena dengan apa yang bakal ditulis
  • Tidak terlalu panjang

Tahukah anda domain yang bagus itu amat diperlukan bagi meningkatkan seo sesebuah blog. Jadi saya ingin kongsikan cara pemilihan sesebuah domain.

Domain mestilah ada kena mengena dengan apa yang bakal anda tulis. Kalau anda ingin menulis berkaitan dengan teknologi, cuba anda dapatkan satu domain yang belum diguna pakai oleh orang yang ada kena mengena dengan teknologi. Contoh – teknologiku.com / bicarateknologi.com.

Kalau domain mudah semua da kena curi atau sudah diguna pakai oleh orang lain, cuba anda gunakan nama anda + dengan domain. Contohnya zainultekno.com atau sebagainya.

BELAJAR SEO PERLAHAN-LAHAN

Setelah anda masuk kedalam dunia blogger pasti lambat atau cepat anda akan mula berpikir dan tertanya-tanya bagaimana untuk meningkatkan jumlah visitor ke dalam blog anda. Oleh itu secara tidak langsung anda akan terdedah dengan seo ( Search engine Optimization ).

Anda perlu belajar seo ini sedikit demi sedikit. Semakin power seo sesebuah blog maka semakin kuat untuk blog tersebut berada didalam mesin pencarian.

Kesimpulan 

Inilah sedikit sebanyak perkongsian awal yang dapat saya berikan kepada pembaca sekalian. Untuk itu jangan lupa untuk baca artikel lain bagi mereka yang ingin belajar cara untuk membuat blog.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *