Tips pilih nama domain untuk blog

Bagi mereka yang baru menceburi dunia blogger memilih domain menjadi salah satu perkara yang mencabar. Kerana untuk membangunkan sebuah blog mereka haruslah mempunyai nama yang tersendiri.

Jadi ramai diantara blogger baru ini silap dalam memilih nama domain mereka, mungkin disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan asas dan sebagainya.

tips memilih nama domain

Untuk itu pada artikel kali ini duniawordpress ingin berkongsi kepada anda tips untuk membeli nama domain agar anda tidak menyesal di kemudian hari !

Kalau nak beli domain anda boleh beli di http://www.syokhost.com/

1. JANGAN PAKAI DOMAIN PERCUMA

Pertama sekali apa yang perlu anda perhatikan adalah anda harus mengelakkan diri daripada mengguna pakai domain percuma.

Saya tengok kebelakangan ini ramai diantara blogger baru berkejar-kejar mencari domain percuma untuk blog mereka. Ye saya tahu ada diantara mereka belum mempunyai duit untuk membeli nama domain. Tetapi anda harus ingat ada domain yang lebih bagus seperti .wordpress.com atau .blogspot.com.

Daripada anda menggunakan domain seperti .TK.GA .ML dan sebagainya.

Sebab apa domain percuma seperti diatas tidak bagus berbanding dengan subdomain daripada wordpress dan blogspot? Berikut saya berikan alasan dan sebabnya

  • Domain percuma tersebut tidak sepenuhnya percuma biasanya diaorang akan bagi secara percuma pada tahun pertama sahaja. Dan pada tahun berikutnya kalau anda ingin gunakan juga anda perlu bayar, dan kadang-kadang tiada notis yang bagi amaran bahawa domain tersebut akan expired.
  • Kebiasaannya domain percuma selalu diguna pakai oleh orang lain untuk blog-blog spam. Dan ini menyebabkan banyak domain percuma dipandang buruk oleh pihak google.

2. JANGAN PILIH NAMA DOMAIN EMD, PILIH BRANDABLE DOMAIN

Seterusnya jangan pernah memilih nama domain EMD ! Eh sebenarnya apa itu EMD ? EMD atau Exact-Match Domain merupakan satu nama domain yang menggunakan kata kunci yang ditargetkan untuk mendapatkan rangking di mesin pencari google.

Contohnya macam ni anda ingin target kata kunci “ Cara main game ” dan seterusnya anda pilih nama domain ” www.cara-main-game.com “.

Sedangkan yang dikatakan dengan brandable domain adalah domain yang lebih mengutamakan branding. Contohnya seperti facebook.com / gmail.com dan lain-lain.

Tapi sebenarnya nak cerita pasal EMD dan Brandable ini sebenarnya banyak perbahasan yang telah dibuat oleh pakar blogger. Ada yang kata EMD bagus sebab apa yang ditarget mudah untuk mendapat rank google dan ada yang kata EMD kurang baik.

Namun bagi saya secara peribadi lebih baik untuk menggunakan brandable domain daripada target EMD domain.

3. JANGAN GUNAKAN NAMA DOMAIN YANG ADA TRADEMARK

Seterusnya adalah menggunakan nama domain yang ada trademark seperti contoh blog saya sendiri iaitu duniawordpress.com.

Saya terguna nama wordpress.

Ini sangat berbahaya jikalau blog ini mempunyai rangking yang baik dan bahaya sekiranya pihak wordpress menuntut denda kepada saya disebabkan menggunakan trademark mereka.

Jadi sebelum untuk memilih nama domain lebih baik sekiranya anda mengecek dahulu sama ada nama domain yang bakal anda gunakan itu ada trademark ataupun tidak.

4. BUAT NAMA DOMAIN SEUNIK MUNGKIN

Buatlah satu nama domain yang unik. Dan cuba mengelakkan diri daripada memilih nama domain yang seakan-akan meniru nama domain orang lain.

Seperti contoh kalau anda ingin membuat blog yang menulis tentang teknologi, maka usahakan untuk tidak menggunakan kata ” TEKNO ” dan seumpamanya di hadapan nama domain.

6. PASTIKAN NAMA DOMAIN MUDAH UNTUK DIINGAT

Selain daripada memilih nama domain yang unik, apa yang perlu anda lakukan adalah untuk memilih nama domain yang mudah untuk diingat orang dan mudah untuk diucapkan.

Jangan buat nama domain yang terlalu payah untuk diingat seperti terlalu panjang dan sebagainya.

Seperti contoh domain yang payah nak ingat adalah seperti : kedaibajuxiorereq.com

Manakala domain yang mudah seperti bajulama.com

7. JANGAN MEMILIH NAMA DOMAIN BERDASARKAN TREND

Dan yang terakhir elakkan diri daripada memilih nama domain yang sedang trend.

Mentang-mentang sekarang banyak cerita tentang viral anda tulis nama blog viral. Jadi buatlah satu nama yang unik dan menarik dan elakkan daripada menggunakan nama-nama domain yang telah saya katakan diatas.

Cukup sampai disini sahaja perbahasan saya tentang memilih nama domain dengan betul.. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda semua.

So kalau nak beli domain saya galakkan untuk membeli di syokhost.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *