This url is not available for signing up for adsense : Penyebab dan cara fix

Dunia blogger tidak akan pernah lari daripada cuba untuk menghasil pendapatan secara online, cepat atau lambat seorang blogger pasti akan tertanya-tanya bagaimana untuk menghasilkan duit daripada blog. Google Adsense sudah pasti antara method menghasilkan duit bagi bloggers. Namun dalam kegembiraan untuk mendaftar google adsense tidak semua blogger berjaya menjadi ahli banyak diantara blogger akan ditolak permintaan mereka oleh google adsense.

Percubaan demi percubaan pastinya akan dilakukan oleh seorang blogger untuk cuba memikat hati google adsense. Tiba-tiba sebuah notis dikemukakan oleh google adsense iaitu This url is not available for signing up for adsense . Pasti anda akan tertanya-tanya apa penyebabnya dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Ya didalam artikel ini saya akan menulis bagaimana untuk mengatasi perkara tersebut dan sebab apa ianya terjadi.

Sebab kenapa This url is not available for signing up for adsense
This url is not available for signing up for adsense

This url is not available for signing up for adsense : Penyebab dan cara fix

Kalau anda dapat notis tersebut daripada pihak google ketika daftar google adsense. Mungkin ianya disebabkan oleh salah satu faktor dibawah. Jadi sila baca faktor-faktor berikut dan apa patut anda buat.

Website melanggar kebijakan google

Anda dapat notis tersebut mungkin disebabkan anda telah melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak google adsense. Contohnya seperti artikel anda melanggar perkara-perkara yang dilarang oleh google adsense seperti ada unsur perjudian, dadah, alkohol dan sebagainya.

Sudah pasti apabila anda melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak google blog anda akan dibanned. Dan ini secara tidak langsung membuatkan blog anda tidak boleh didaftarkan ke google adsense lagi.

Berkali-kali ditolak disebabkan kesalahan sama

Kedua sebab apa blog anda tidak boleh didaftarkan ke google adsense dan keluar notis seperti di atas adalah disebabkan anda melakukan kesalahan sama. Perasan atau tidak setiap kali website atau blog anda ditolak google pasti akan ada alasan daripada pihak google.

Untuk itu saya nasihatkan anda kalau sudah ditolak google pastikan anda sudah mengecek dan memperbaiki kesalahan tersebut dengan penuh berhati-hati agar tidak ditolak disebabkan benda yang sama. Jangan sampai akaun anda tidak boleh didaftakan lagi.

Anda sudah daftar lebih dari 2 kali google adsense

Dan yang terakhir sebab apa notis This url is not available for signing up for adsense ini keluar adalah disebabkan anda sudah melebihi had maksima google adsense iaitu mendaftar lebih daripada 2 kali. Maksudnya disini anda sudah berjaya mendaftar domain tersebut pada kali pertama, selepas itu anda daftar menggunakan domain yang sama buat kali kedua.

Dan kali ketiga adalah kali terakhir anda boleh daftar selepas itu domain tersebut sudah tidak boleh didaftarkan lagi 100%.

Cara mengatasi masalah This url is not available for signing up for adsense ketika daftar adsense

Pasti anda sudah pernah cuba menggunakan email lain, no telepon lain dan alamat lain tetapi menggunakan domain sama. Hasilnya tetap 0 iaitu anda tidak boleh mendaftarkannya betul atau tidak ? Sebab domain tersebut boleh dianggap sudah dibanned google adsense. Untuk itu anda boleh mendapatkan google adsense dengan cara berikut.

Cara untuk mengatasi 

  1. Beli domain baru ( pastikan TLD )
  2. Pindahkan semua konten anda ke domain baru
  3. Daftar kembali google adsense ( Lebih baik menggunakan email baru )

Pasti anda terkejut kan ? Tidak mungkinlah sampai kena guna domain baru. Mesti korang sedih bila dengar benda ni dan tertanya-tanya ada cara lain ke tidak. Jawapannya tidak ! Inilah satu-satunya jalan untuk korang dapatkan kembali google adsense.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *